Wednesday, November 17, 2004

 

kasih ufuk rindu 11

“Gaduh dengan mak lagi kah?”dia bertanya,sejak tadi dilihatnya gadis itu mendiamkan diri,wajahnya masam kelat.

“In ingat nak pindah.”sebaris ayatnya nyata amat menyentakkan Andrian.

“Pindah?Kemana?”ujar Andrian.,terkejut mendengar perkara yang tidak disangka sangkanya.

“In dah terlalu letih,letih dengan semua ni Rean.”dia bersuara perlahan.Rasanya tidak mampu lagi dia menampung semua itu.Segalanya begitu menyesakkan dadanya.Masalah tidak mahu lekang dari hidupnya.

“Cuba cakap dengan Rean perlahan lahan.”Andrian bersuara,dia mencapai tangan In dan mengengamnya erat.Perlahan dia memberhentikan kereta dibahu jalan bila mendengar esakkan gadis itu tertahan tahan.


“In,kenapa ni?”dia bertanya,sejak dia bertemu kembali gadis itu selepas tiga tahun kerap sangat gadis itu mengalirkan air mata.Hilang senyuman manisnya yang satu waktu dulu mampu mengegar hati dan perasaan lelakinya.

“In tak mampu nak tahan semua ni lagi.In hanya seorang manusia biasa.
Terlalu berat rasanya beban dibahu In.In perlukan ketenangan Rean.Tapi dirumah tu tak ada ketenangan buat In.In tak selesa disana.Memang uncle dan mak baik.

Fitri pun baik,tapi sejak pertama kali In jejakkan kaki kerumah tu memang Fatihah bencikan In.In tak nak berdepan dengan cemburu orang lagi.Jelingan dia seolah olah jelingan Julia.In takut!In takut perkara lalu berulang kembali.”In teresak esak menahan sedu.

Dia kebingungan saat itu.Trauma yang menganggu sejak kejadian yang menimpa Zaidi bagai kembali mendampinginya.Dia takut melihat jelingan,kata kata sindiran dan riak wajah Fatihah.Dia seolah olah melihat wajah Julia saat itu.Terbayang segala ketakutkan lalu,menjadikan dia tidak tenteram.

“Sabar In,kan Rean kata In kena kuatkan semangat.Ini dugaan Tuhan.”dia memujuk gadis itu.Sabar melayani kerenah In.

“In tak mampu nak sabar lagi Rean.Dulu In masih mampu sabar bila abang Zaidi pergi kerana In.In masih sabar bila mak kawin dengan uncle Farhan.In pun masih boleh sabar bila Fatihah selalu sindir In.Tapi bila diaorang nak ambil anak anak In,In tak boleh sabar lagi.

In rasa macam nak mati.Masalah tak pernah nak pergi dari hidup In.In bencikan diri sendiri bila abang Zaidi pergi,In salahkan diri bila mak kawin lain.In bencikan mak.Mak tak setia pada arwah ayah.In semakin tertekan, sakit.

Menyakitkan Rean!In hilang kasih sayang mak,In hilang abang Zaidi.In dah tak ada siapa siapa lagi dalam dunia ni kecuali Haikal dan Danial. Kalau mereka dirampas lebih baik In mati.”dia bersuara bagai orang hilang akal.

Memang,fikirannya kusut.Sarat dengan masalah yang bertimpa timpa.Belum sempat dia mengecapi ketenangan,dia dikunjung masalah yang berlarutan.

“Sabar In.Masih ada yang menyayangi In.Rean sayangkan In.”dia memeluk gadis itu. Sedih melihat gadis yang berputus asa itu.Dia bagai berhadapan dengan seorang gadis lain,gadis yang kecewa,gadis yang kalah dengan cabaran hidup.

Dia membiarkan In menangis dibahunya.Membiarkan gadis itu melepaskan tekanan perasaan.Sikap In yang suka memendam perasaan kini hampir hampir memakan dirinya.

“Mak sekarang ni pun dah tak macam dulu Rean.Mak pun tak sayangkan In,apalagi Rean.”dalam sendu dia meluahkan perasaan.Sayu bila mengingatkan diri sendirian dimuka bumi ini.Tiada siapa yang menyanyangi dirinya.

“In,percayalah,tak kira walau seribu tahun sekali pun kasih sayang Rean pada In tak pernah luntur.Rean sayangkan In.Rean mahu In kembali pada In yang pernah Rean kenali satu masa dulu.”dia memujuk,melayani kekecewaan In.Terguris hati lelakinya bila mendengar wanita kesayangannya begitu.

“In…In dah tak ada sesiapa lagi Rean…In hanya ada Haikal dan Danial.Kenapa mereka nak rampas dari In.In tak pernah menyakitkan hati sesiapa pun.Kenapa mereka sanggup buat In macam ni Rean?”air mata yang mengalir sudah cukup membuatkan Andrian memahami betapa gadis itu benar benar terseksa.Batinnya terseksa.Semua masalah yang dipendamkannya dulu kini bagai larva gunung berapi yang memakan dirinya saat itu.

“Sayang,jangan macam ni.Rean sedih tengok In macam ni.”dia memujuk In.Hati gundah gulana melihatkan keadaan gadis itu.Sedih melihat In yang berputus asa itu.Sayu bila mengenangkan gadis itu.Erat pelukkannya,ingin berkongsi kedukaan itu.Ingin rasanya menghilangkan tekanan yang menimpa pujaan hatinya itu.

In terus terusan menangis dibahu Andrian.Meluahkan segala yang terpendam dilubuk hatinya.Berharap segala kekusutan itu akan turut berlalu bersama sama tangisan hatinya itu.

Andrian temenung,kusut memikirkan diri In.Gadis itu begitu berputus asa.

Dia sayangkan In,dan tidak sanggup melihat gadis itu bersedih begitu.Risau melihat In.Sayu dia merenung wajah In saat itu.Simpatinya melimpah ruah pada In.Gadis itu enggan pulang ke bonglo milik Datuk Farhan. Mulanya In ingin bermalam dihotel tapi bila mama pujuk baru dia nak bertadang kerumahnya.Perlahan dia mengusap wajah ayu itu.

Pipi lembut In diperhatikan.Masih ada kesan tangisan dimata menawan itu.Gadis itu kurus kini,deritanya bagai memakan diri.In perlukan ketenangan!Dia mendapat akal tiba tiba.Ingin membawa In dari segala masalahnya untuk sementara waktu.Mahu gadis itu mencari kembali dirinya yang hilang satu waktu dulu.

Dia tersenyum memikirkan rancangannya.Dia mahu melindungi gadis itu dari semuanya,dia mahu In mencari kekuatan untuk menghadapi segala galanya.Dia ingin gadis itu kembali menjadi In dulu.Penuh semangat dan keceriaan.Rean sayangkan In,ucapnya.Dia mengucup lembut pipi In.

Membelai wajah itu penuh kasih sayang.Pantas dia mengangkat gangang,mendail nombor telefon doktor Baharum.Doktor keluarga mereka.Setelah berbual beberapa ketika dia meletakkan gagang.Dia membuat panggil ke sebuah resort,kawasan indah yang menanti kedatangan mereka.


“Betul In sudi terima abang?”soal Zaidi gembira.Sinar dimatanya saja cukup untuk membayangkan perasaanya saat itu.
In mengangguk,tertawa kecil bila melihat Zaidi yang seolah olah tidak mempercayai kata katanya.

“Betul?In janji dengan abang yang kita akan bertunang lepas balik ke Semenanjung semula?”sekali lagi dia menyoal perkara yang sama.Rasa bagai tidak mempercayai apa yang didengarinya.

“Dah kenapa dengan abang ni?Abang tak nak terima In?Nak batalkan keputusan tu ke?” ujar In geram.Wajah mula dimuncungkan.Geram dengan gelagat Zaidi yang bagai tidak mempercayai kata katanya.

“Abang minta maaf.Jangan marah ya sayang.Abang happy sangat.Macam nak pengsan pun ada.Tak percaya sangat.”ujar Zaidi.Terukir senyuman di wajahnya saat itu.

Cukup untuk mempamerkan bentuk hatinya saat itu.Sungguh dia sekadar mencuba nasib, mahu meraikan hari jadi In malam itu.Mahu melamar In menjadi permaisuri hidupnya.Dan dia bagai tidak mempercayai diri sendiri bila melihat gadis itu tersenyum menyatakan persetujuan.

In tersenyum mendengar kata kata Zaidi.Takkan lah kerana dia bersetuju mahu mengikat hubungan mereka Zaidi sampai mahu pengsan.Dia tergelak memandang Zaidi yang kelihatan sedikit kalut.Perlahan lahan senyuman nakalnya bertukar menjadi gelak tawa.

“Zaidi!!”Tawa In mati bila terdengar suara seseorang keras memanggil Zaidi.Mereka berpandangan.Kaku bila melihat Julia berdiri tidak jauh dari mereka.Perlahan lahan Zaidi berdiri didepan In.Seolah olah mahu melindungi gadis itu.Dia tahu Julia sanggup melakukan apa saja dalam situasi itu.

“You nak apa ni Ju?”keras dia menyoal,mendongkol marah hatinya saat itu.Memandang gadis yang kelihatan gelisah dan tidak terurus itu.Entah bagaimana Julia berjaya menjejaki mereka sampai kesini.

“You memang jantan tak guna.You tinggakan I kerana betina murahan tu!!”lantang Julia menjerit.Serta merta rasa marahnya membuak buak bila melihat Zaidi mengengam erat tangan In.

“You yang tak guna Ju.You buat fitnah!Jangan nak salahkan I kalau you yang mulakannya.”garang suara Zaidi saat itu.Tiba tiba marahnya meledak.Teringat kekasaran yang dilakukannya pada In gara gara termakan hasutan Julia.Betapa dia membenci Julia saat itu.

“You jangan jadi bodoh Di,betina tu curang.Dia tinggalkan you dan pergi pada sepupu you sendiri.Sanggup ke you menjilat hampas sepupu you sendiri?”ujar Julia lantang. Tidak langsung gentar melihat Zaidi yang marah saat itu. Hatinya sakit melihat Zaidi memeluk erat In disisinya.

“Stop it!!”bergema suara Zaidi saat itu.In hanya memerhati.Sedikit terkejut menerima kedatangan tamu tidak diundang itu.

Dia merasakan pelukan erat Zaidi.Saat itu dia sedar lelaki itu amat menyintainya,mahu melindunginya dari bahaya.Sama seperti dulu.Sejak dia mengenali Zaidi sejak lama dulu.Terasa cintanya pada Zaidi mengunung saat itu.

“I cintakan dia.Bukan you.Begitu juga dia.In cintakan I bukan Andrian.Kami akan kawin Ju.”luah Zaidi,geram mendengar penghinaan yang dilemparkan pada kekasih hatinya.

“Kau memang tak guna!Jantan tak guna!!!”Pantas Julia menerkam kearah Zaidi.Entah dari mana datangnya pisau belati ditanganya ditikam tepat ke dada kiri Zaidi.Darah berhamburan.Bukan sekali dua malah berkail kali di tikamnya dada Zaidi.

“Mampus kau.Biar kau mati!!”jeritan Julia di iringi tawa membingitkan telinga.In yang sejak tadi seakan terpaku mula tersedar.
“Abang!!”Hanya sepatah kalimah itu yang keluar dari bibirnya.In hampir pengsan melihat keadaan itu.Mengeletar seluruh tubuhnya melihatkan keadaan yang tidak pernah disangka akan berlaku didepan matanya.

“Tolong!!Tolong!!”jeritan In menarik perhatian sekumpulan anak muda yang sedang bersantai menikmati makanan.Melihat keadaan itu mereka bergegas berlari mendapatkan In.

“Ya Allah!”panik mereka melihat keadaan Zaidi.Masing masing cuba membantu. Akhirnya Zaidi di bawa menaiki kereta menuju ke hospital.

“Encik..to..tolong encik.”In menangis.Menggigil badannya melihat tubuh Zaidi yang terkujur kaku dipangkuannya.Julia pula entah kemana hilangnya.Dia tidak mahu ambil pusing semua itu.Apa yang dimindanya saat itu hanya Zaidi.Nyawa Zaidi paling penting baginya.

“Abang,jangan tinggalkan In.”ujar In sayu.Air matanya jatuh menitik diatas wajah Zaidi. Bajunya berlumuran darah.Pilu melihat Zaidi menahan kesakitan.

Buat pertama kalinya di mengucup dahi Zaidi yang berkerut menahan kesakitan.Tidak rela melihat Zaidi begitu. Betapa pilunya melihat keadaan Zaidi saat itu.Jangan tinggalkan In bang,bisiknya lembut disulami tangisan yang mendayu dayu.

“In…”dalam kepayahan Zaidi menyusun bicara.

“Jangan cakap apa apa bang.Abang rehatlah.Kita dah nak sampai.”ujar In.Sesungguhnya dia takut.Takut andai Zaidi pergi meninggalkannya.Air mata yang mengalir dibiarkan.

“Aa..aa..abang..sayaaaaaangkan In.”ujar Zaidi perlahan.Namun masih boleh didengari In.

“Jangan menangis sayang.”Bergetar suara Zaidi menahan kesakitan yang menyucuk.

Tangannya yang berlumuran darah diangkat perlahan.Diseka air mata dari mata menawan yang menjadi igauannya itu.

“Abang.Jangan tinggalkan In.Please…In sayangkan abang.In cintakan abang”mendayu suara In.Teresak esak dia menahan tangis. Namun air mata tak pernah mahu mengerti.Ia turun lebat membasahi pipi.

Tanpa sedar dia melafazkan cinta yang tidak mampu di lafazkan selama ini.Bergema suaranya saat itu memenuhi ruang tubuhnya.Zaidi tersenyum layu,akhirnya didengarinya jua ucapan cinta dari insan yang paling di sayanginya itu. Nafas Zaidi yang tadi kedengaran mendesah kian perlahan.Namun tangannya mengengam erat tangan In.Bagai tidak rela melepaskannya pergi.Dadanya yang tadi berombak kencang mula menyusut perlahan lahan.

“Cik,seeloknya diajarkan kalimah.”

In bagai ingin pengsan bila mendengar salah seorang anak muda yang membantunya menuturkan kata kata itu.Perlahan lahan dia menahan air mata yang keluar.Diusap rambut Zaidi perlahan.Wajah didekatkan ke telinga Zaidi.

Perlahan dihantar kalimah,saat itu terasa perasaannya kosong.Kosong sekosong hatinya. Gengaman tangan Zaidi yang tadinya erat kini terkulai perlahan lahan jatuh keriba In. Tesentap In saat itu.Air mata mengalir,namun ketenangan tetap ada bila mendengar bisikan kalimah suci dari bibir Zaidi.

Walaupun perlahan namun dia tahu Zaidi pergi dengan tenang.In diam membisu.Tiada lagi tangisannya cuma air mata tanpa esakan. Di renungnya wajah Zaidi yang penuh ketenangan,saat itu terasa sejalur ketenangan menerjah pintu hatinya.

“Abang!”sepatah nama itu disebutnya.Dalam,pilu dan sayu.In tahu kini dia kehilangan Zaidi buat selama lamanya.



Andrian bergegas menghampiri In bila terdengar In memanggil seseorang.Sayu dia melihat In saat itu.Walaupun dalam lena dia masih merindui Zaidi.Dilihat air mata gadis itu mengalir lesu.Saat itu dia tahu betapa dalamnya kasih In buat Zaidi.

“Abang!”kali ini sedikit kuat panggilan itu.Serentak itu In membuka mata.

Dia kelihatan terpinga pinga.Bagai mencari sesuatu yang hilang.Kenangan lalu bagai tidak mahu pergi dari hidupnya.Saban hari dia ditemani kesedihan itu.Trauma kehilangan Zaidi bagai mengunci hidupnya.Ketakutan malam itu masih terasa.Dia kehilangan orang yang paling disayanginya.

“Ya Allah,bantulah aku.”bisik In perlahan.Dia meraba pipi.Air mata dikesatnya.

Ditolehnya kesisi bila merasakan kehadiran seseorang.Dia tersenyum kelat bila terpandangkan Andrian.Rasanya macam dia dah lama sangat melelapkan mata.Rasa betapa nyenyaknya tidurnya semalam.

Perlahan lahan dia bangun dan bersandar dikepala katil.Tersentak seketika,mata meliar memerhatikan keadaan sekeliling.Bukan rumah Andrian!Seingatnya semalam dia tidur dirumah Andrian.Tapi keadaan bilik itu berlainan benar dengan bilik sebelumnya.Dia ingat benar,corak hiasan bilik itu juga berbeza,bilik ni nampak simbolik sikit.

“Kenapa ni?Terkejut ke?”Andrian mengusik,memerhatikan In yang kehairanan.Dia mahu melegakan situasi itu.Biarlah…dia tidak mahu menyetuh soal itu.Dia mahu gadis itu merasai ketenang saat ini.

“Kita kat mana ni?”dia mengangkat muka bertanya pada Andrian yang menatang sarapan pagi.

“Kita ada dekat Langkawi.”dia menjawab ringkas,memerhatikan reaksi gadis itu.

“Betul ke?”laju pertanyaan itu meluncur keluar dari mulutnya.Bingkas dia turun dari katil. Melangkah ke pintu yang terbuka luas.Demi terpandangkan laut yang membiru hati nya sejuk.Menghirup udara laut begitu menyegarkan.Dia berpaling bila terdengar Andrian ketawa.

“Betul,Rean nak In tenangkan fikiran sepanjang kita disini.Sengaja tau,Rean nak bagi surpries pada In.”dia meletakkan sarapan pagi buat gadis itu.

“Tapi…”kata katanya dipotong Andrian,cepat cepat dia mencelah.

“In tak perlu risau.Rean dah minta kebenaran mak In untuk bawa In dan budak budak tu kesini.Satu lagi,uncle Farhan pun dah luluskan cuti In.

Dia benarkan In cuti berapa lama yang In suka.Sengaja Rean minta doktor cucuk In.Takut nanti In tak mahu pergi.”terus terang dia menjelaskan pada gadis itu.Biarlah In tahu,apa yang dilakukannya adalah demi untuk kepentingan gadis itu.

“Thanks Rean.In benar benar terharu.Terima kasih.”dia tersenyum,dia tahu tentu Andrian buat begitu setelah mendengar luahan hatinya semalam.

“No sweat In.Lagi pun kita datang sini naik heli,tak perlu pun Rean nak dukung In.”dia mengusik.Senang melihat In gembira dengan segala apa yang dilakukannya.

“Mana budak budak tu?”dia bertanya,rindu pula dengan wajah wajah comel itu.

“Ada dibilik mereka,tidur agaknya.Rean akan tinggal dengan mereka.Lagipun bilik sebelah aje.”dia menunding kearah adjoinning door ditengah tengah bilik mereka.

“Doktor kata In tak boleh jalan jauh sangat selepas In sedar.Mungkin esok baru kita boleh keliling pulau ni.Sudahlah mari breakfast,In belum makan sejak kelmarin.”dia menarik tangan gadis itu.Teringat kembali,betapa kelam kabutnya mereka buat perancangan semalam.

Nasib baik ada helikopter yang sanggup membawa mereka ke situ. Kelam kabut dia kerumah Datuk Farhan,minta izin dari Puan Zainon,ambil budak kembar tu lagi.Satu hal pulak bila bertembung dengan Fatihah.

Nasib baik Puan Zainon dan Datuk Farhan faham,mereka juga diminta tidak memberitahu sesiapa destinasi mereka.Malahan dia juga berbohong mengatakan mereka akan bercuti ke Pukhet.

Bukan apa takut nanti keluarga istana tu menganggu In.Dia mahukan In bercuti dengan kedamaian sambil ditemani pasangan kembar itu.Risau pula bila memikirkan kata kata pakar,jika In tidak segera ditenangkan kemungkinan besar cenderung untuk dia bersikap lebih pasif.


“Bonda rehatlah,nanti bila kita pulang semula ke KL Man janji akan usahakan.”

Tengku Lokman memeluk Tengku Halija,sengaja membawa bondanya bercuti kali ini semata mata untuk merehatkan fikiran bondanya.Kehilangan In secara tiba tiba membuatkan mereka kelam kabut.

Dia menyerbu kerumah In bersama sepasukkan orang orangnya namun hampa,kata ahli keluargannya gadis itu pergi bercuti bersama Haikal dan Danial di Pukhet.

“Tak apalah,Man pergilah mandi dulu.Bonda nak ambil angin sekejap.Nak jalan jalan dipantai.”Tengku Halija ingin keluar mengambil angin.Dia tidak menyalahkan gadis itu, tidak sekali kali.Semuanya berpunca dari sikapnya dulu.Dia terlalu mementingkan harta pangkat kekayaan.

“Baiklah kalau macam tu Man mandi dulu ya bonda.”Tengku Lokman naik kebiliknya, sengaja menyewa banglo itu untuk bonda menenangkan fikiran.Keindahan pulau Mahsuri itu diharap dapat memberikan ketenangan kepada bondanya.


“Setiap yang hidup pasti akan menemui Tuhannya.Setiap yang bernyawa pasti akan mati.Setiap yang bermula pasti akan ada akhirnya.”bergema suara Ustazah Ainun.In khusyuk mendengar butir bicaranya.

Sejuk rasa hati melihat ketenangan wajah itu.Raut wajahnya pernuh sifat keibuan.Andrian sejak tadi setia menemainya disisi.Hari ini dah masuk hari ketiga mereka menghadiri kelas agama anjuran resort itu.

Sesungguhnya seribu ketenangan yang mula bertapak dihati In.Perlahan lahan dia seakan dapat menerima hakikat kehilangan Zaidi.

“Kita sebagai hambanya harus reda dan tabah dalam menghadapi liku liku kehidupan. Mungkin saat kematian menghampiri orang yang paling kita sayangi kita tertanya tanya mengapa ini harus berlaku pada kita, bukan orang lain

?Hadiri sekalian,sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang dan Pengasih.Setiap yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi. Lihat pada kebaikan yang belum nampak.Terima kematian itu dengan redha dan penuh sifat kehambaan.

Lambat laun pasti akan terserlah hikmah yang tersembunyi. Jangan sekali kali diratapi pemergian mereka,tapi sebaliknya kirimkan kalimah Allah yang Maha Suci, Insya Allah tenang mereka disana.Jika air mata yang mengiringi pemergian mereka tidak tenang mereka disana.”kata kata Ustazah Ainun perlahan.Dia berhenti seketika.Tersenyum memerhatikan tetamu didepannya yang tekun mendengar dakwahnya.Alhamdulillah,bisik hati kecilnya.

“Hadirin yang saya muliakan sekalian,setitik air mata kita didunia ini yang mengalir kerana menangisi kematian insan yang kita sayangi ibarat lautan yang mereka harungi disana.Jadi hapuslah air mata itu.Biarkan mereka pergi dengan aman.Semoga mereka tenang dan damai di sisi-Nya.Insya Allah.”sambung Ustazah Ainun lagi sebelum dia menamatkan sesi kelas mereka buat hari ini.

In masih dibangkunya walaupun kelas telah lama tamat.Dia mendiamkan diri.Andrian pula kelihatan berbual bual dengan beberapa kenalan barunya.Anak kembarnya pula sedang saling bergurau senda tidak jauh darinya.In menarik nafas perlahan lahan.
Dalam diam kata kata Ustazah Ainun menusuk kalbunya.Mengetuk pintu hatinya yang tertutup selama ini.Sukar mahu digambarkan bentuk perasaannya saat itu.

“Abang,In redha dengan pemergian abang.In izinkan abang berlalu dari dalam hati In bang. In doakan kebahagiaan abang disana.Cinta In pada abang tetap ada dihati In.Abang tetap punya tempat teristemewa dihati In.”perlahan In berbisik sendirian.

Menyapu setitik air mata yang menuruni pipi.Dia tidak mahu lagi menangisi kehilangan Zaidi.Dia mahu Zaidi mengecapi ketenangan di sana.In akan doakan kesejahteraan abang!Itu janji In pada dirinya sendiri.

“In.”Andrian menyapa gadis yang sejak tadi dilihat mendiamkan diri.
In tersenyum memandang Andrian dengan perasaan yang sukar untuk diungkapkan.Di lihat ada keikhlasan disitu,di wajahAndrian.Perlahan dia bangun, mendekati Andrian yang sedia menantinya bersama pasangan kembar itu.

“Rean thanks.”hanya ucapan itu yang mampu diungkapkan buat lelaki yang terlalu banyak menabur budi buatnya.Dipandang Andrian yang tersenyum sahaja,mungkin memahami apa yang bergolak didalam dirinya saat itu.

“Mama,jom kepantai.”Haikal menarik tangan In.Danial pula erat mengengam tangan Andrian.



“Ikal,Danny perlahan lahan.Jangan lari.”In menjerit pada Haikal dan Danial yang berlari berkejaran.Dia dan Andrian memerhatikan saja dari kejauhan.Seronok melihat mereka gembira begitu.

“Gembira betul diaorang kan.”In bertanya,dia jalan beriringan dengan Andrian digigi air. “Dah lama rasanya tak happy macam sekarang ni.”sambungnya.Mata dilemparkan ke laut yang membiru.

“In gembira?”Andrian bagai bermimpi,tidak percaya mendengar pengakuan gadis itu.

“Mmm,thanks to you.”dia tersenyum pada Andrian.Anak muda itu kaku melihat senyuman yang terukir saat itu.Mirip gadis yang pernah dikenalinya tiga tahun lalu.

“Rean turut sama gembira kalau In gembira.Dah lama kan kita tak bersantai macam ni. Ingat tak pertama kali kita berbual panjang masa siapkan tender dulu?”dia cuba membawa gadis itu mengimbau kenang lalu.

“Ingat.Malam tu macam macam Rean tanya In.In rasa tak selesa betul.Tapi nasib baiklah Rean sudi hantar In balik kampung hari tu.In tak boleh ingat tau,mak soal In macam macam.Siap kena marah lagi dengan mak.”dia tersenyum.

“In kena marah dengan mak cik?”terkejut dia mendengar kata kata gadis itu.“In tak pernah cerita pun.”

“Macamana nak cerita nanti timbul gosip.Bukannya Rean tak tahu diaorang tu.Terutama sekali si Lin tu.”dia bersuara,teringat lagi betapa peliknya Lin bila dengar Andrian hantar dia pulang kekampung.

“Memang,dia tu kepoh sikit.Hei,dia dah kawin tau.Dah dapat anak pun.Baru baru ni Rean jumpa dia,dia dah bawah abang Rizal sekarang ni.”

“In rindulah nak jumpa dia.”dia tersenyum,kawin juga kau Lin,aku aje yang tak kawin kawin lagi.
“Boleh,nanti kita tengok dia,baby dia comel tau.”

“Macam tak percayakan,segalanya berlaku terlalu cepat.Semuanya dah tak sama.Mak In dah ada suami baru.Abang Zaidi pula dah tak ada.”dia bersuara.Menghirup udara segar.

“Kenapa Rean tengok In macam tu?”dia tergelak melihat Andrian yang memerhatikan dirinya tidak berkelip kelip.

“Rean jangan risau,In dah boleh terima hakikat sekarang ni.Seminggu ni In dah fikir masak masak.Abang Zaidi pergi kerana takdir yang inginkan dia pergi.

Kehendak Tuhan semua ni.Mak pula dah ada jodoh dengan uncle Farhan.In tahu,selama ni In cuba lari dari segala masalah.In tak tahu,tak sedar pun selama ni masalah tu tak pernah selesai kalau kita tak cuba hadapinya.Kini In dah boleh terima hakikat tu.Segala yang berlaku kehendak Tuhan kan?Rean yang beritahu In macam tu.”dia tersenyum,tahu pasti anak muda itu terkejut dengan perubahannya.

“Betul?!Betul In dah boleh terima hakikat?”dia bertanya,merenung gadis itu.Dan jawapannya tidak perlu dinyatakan lagi.

Gelak tawa gadis itu cukup menjawab persoalannya.Betapa lapangnya dada saat itu,dah lama dia rindu untuk mendengar gelak tawa gadis itu.Dah terlalu lama dia rindu untuk melihat gadis itu bangun semula.



In dan Andrian berpandangan bila melihat Danial dan Haikal sedang membantu seorang wanita tua yang terjatuh,mereka bergegas mendapatkan Haikal dan Danial.

“Kenapa ni Ikal?”dia bertanya,memerhatikan Danial dan Haikal membantu seorang wanita bangun.

“Danny terlanggar nenek ni.”Danial bersuara,takut takut.

“Kan mama dah cakap jangan berlari lari lagi.Kan dah terlanggar nenek ni.”In membantu wanita sebaya ibunya itu bangun.Wanita itu tampak terkejut.

“Saya minta maaf mak cik.Budak berdua ni degil sikit.Mak cik tak apa apa?”dia bertanya bila sejak tadi wanita itu mendiamkan diri.

“Oh,tak mengapalah.Mak cik tak apa apa.Biasalah budak budak.”dia mengukir senyum, mata menangkap kewajah Haikal dan Danial.

“Mereka ni degil sikit mak cik.”In tersenyum,lega wanita itu tidak mengalami kecederaan.

“What are you waiting for?Says sorry.”Arah In,memerhatikan tingkah kedua anak itu. Haikal dan Danial menuruti tanpa banyak soal.

“Anak anak ke?”dia bertanya,memandang Andrian dan In serentak.

“Iya mak cik,anak saya.”In menjawab sopan tanpa mengerti maksud senyuman yang tiba tiba terukir dibibir Andrian.

“Mak cik kami minta diri dulu ya.Sekali lagi saya minta maaf mak cik.”In menyalami wanita itu.Ingin berlalu,dah terlalu jauh rasanya dari tempat mereka berkelah tadi. Mereka bersalam seketika,Haikal dan Danial pula berjalan dihadapan In,sambil melambai lambaikan tangan pada Tengku Halija.

“Kenapa In tengok sejak tadi Rean asyik tersenyum aje?Rean terpikat ke dengan mak cik tu?”dia mengusik.

“Mengarut ajelah In ni.”dia mengeleng,dalam diam dia menyenangi sikap In itu.In dah pandai bergurau dengannya dan itu merupakan petanda yang baik sebagai permulaan untuk dia melihat kebangkitan semula semangat gadis itu.

“Dah tu sejak dari sana tadi asyik tersengih aje.”dia ketawa,gelihati memikirkan fikiran nakalnya.
“Sukanya dia!Mesti kutuk Rean lah tu.”Andrian mencubit pipi gadis itu.In menjerit kecil.

“Sakitlah,”dia mengosok bekas cubitan Andrian.

“Itulah gatal lagi.Nak tahu tak kenapa Rean senyum?”dia bertanya,memandang gadis itu.Hati benar benar lapang saat itu.Betapa kini dia yakin In semakin sembuh,gadis itu semakin riang kini.

Tidak lagi berfikiran negatif,In kini selalu tersenyum dan ketawa. Gadis itu tidak lagi bermuran bila disentuh soal Zaidi ataupun Puan Zainon.In kini telah benar benar berubah.

“Kenapa?”dia menyoal.Ingin tahu apa yang mencuit hati Andrian saat itu.

“Mak cik tu tanya,Ikal dengan Danny tu anak kita ke,In cakap iya.Sebab itu lah Rean senyum.Seronok kalau ada anak dengan In!”dia berlari keriangan bila In membeliakkan mata.

“Rean ni gatal tau!”In berpura pura ingin memukulnya.Mereka berlari digigi air bagaikan anak kecil.Andrian benar benar gembira hari itu.Dia bersyukur tidak sia sia usahanya ingin memulihkan gadis itu.Dia yakin kini In semakin pulih.Tapi apa yang pasti kini In tidak lagi mengelak darinya seperti empat tahun lalu.Biarlah perlahan lahan dia mahu menempatkan dirinya dalam kehidupan In dan pasangan kembar itu.Dia mahu menyusuri hari hari mendatang bersama In.Itulah yang diharapkannya sejak dulu lagi.



“Pelik!Kenapa tiba tiba bonda tak mahu Man cari mereka lagi?”Tengku Lokman pelik dengan perangai Tengku Halija yang tiba tiba berubah itu.

“Nak buat apa?Buang masa aje.Bonda dah jumpa pun diaorang petang tadi.”Tengku Halija tersenyum.Mulanya dia ingat dia silap.Tapi betul,memang yang melanggarnya petang tadi tu cucu cucunya.Turut menyakinkan bila perempuan yang bersama mereka dalam gambar itu turut ada disana.

“Hah?!”Tengku Lokman terkejut mendengar kata kata bondanya itu.

“Mereka ada disini.”Tengku Halija tersenyum.

“Esok bonda akan minta orang jemput mereka kesini.Bonda nak terangkan pada mereka. Bonda tak berniat nak rampas mereka,cuma bonda mahu menemui mereka.Lagipun bonda lihat mereka suami isteri sayangkan Haikal dan Danial.”

“Man tak faham!Setahu Man adik ipar abang Haris belum kawin.”dia mengerutkan dahi mendengar kata kata bondanya itu.

“Mungkin teman lelaki dia agaknya.Bonda tahu mereka menyayangi Haikal dan Danial.” Tengku Halija yakin bersuara.Terbayang kemesraan mereka dipantai petang tadi.Gembira melihat kegembiraan mereka.Bagai melihat Tengku Haris dan Iyah Darwisya yang berlarian digigi air bersama Haikal dan Danial.



In dan Andrian berpandangan seketika,kaget dengan semua itu.Lebih lebih lagi mendengar pengakuan Tengku Halija.In terkejut tidak disangka sangka wanita yang pernah membenci arwah kakaknya.

Dia memerhatikan wanita yang terhenjut henjut menahan tangis.Jelas kekesalan yang terlakar diwajah tua itu.Seribu kekesalan melanda wanita itu.Mulanya tadi dia ingat wanita itu sekadar menjemput mereka untuk berkenalan tapi rupa rupanya ada hal lain.Dia tidak mengesyaki apa apa hinggalah Tengku Halija mula bercerita.Tambah terkejut bila Tengku Lokman muncul pula kemudian.

“Bonda,sabarlah bonda.”Tengku Lokman cuba menenangkan Tengku Halija.Tidak sampai hati melihat ibu kandungnya bersedih begitu.

“Bonda kesal,bonda kesal.”bergema suaranya.Tengku Lokman memeluk Tengku Halija. Jelas kekusutan yang melanda kedua mereka saat itu.

“Mak cik.”In bersuara,mendekati wanita itu.Duduk disisi Tengku Halija.Andrian hanya sekadar memerhati sahaja.

Yakin In mampu mengawal emosinya sendiri.Tidak seperti pertama kali kisah keluarga Tengku Halija muncul dulu.Dia dipengaruhi dengan emosi yang menebal.Kini gadis itu kelihatan lebih tenang.

“Sudahlah tu mak cik.In rasa abang dengan kakak tak marahkan mak cik.In minta maaf kalau tanpa In sedari In lukakan hati mak cik.Baiklah In benarkan mak cik jumpa Haikal dengan Danial.Tapi satu aje yang In pinta mak cik,janganlah mak cik pisahkan In dari mereka.In sayangkan mereka.Tak salahkan kalau kita berkongsi?”In bersuara perlahan. Mengengam erat tangan Tengku Halija.

“Terima kasih In.Terima kasih.Bonda tak tahu nak cakap apa.Terima kasih.”seraya itu Tengku Halija memeluk gadis itu.Terharu dengan keikhlasan In.Ringan saja mulutnya membahasakan dirinya bonda pada In.



Andrian dan In masing masing membisu sejak pulang dari bonglo yang didiami Tengku Halija.Sengaja meninggalkan Haikal dan Danial bersama Tengku Halija,dia mahu anak anak itu mengenali asal keturunan mereka.

Malam semakin larut,namun pantai itu masih bercahaya disimbahi lampu lampu yang bergemerlapan.Kaki membawa mereka menyusuri pantai,sesekali air laut menampar kaki pasangan itu.

“Kenapa sejak tadi diam aje?”Andrian memerhatikan In yang masih lagi melangkah.

“Tak ada apa apa.Cuma In menikmati ketenangan.Rasa tenang pula.Dah selesai satu perkara.”dia bersuara tenang.Sekembalinya dari menemui Tengku Halija dia benar benar tenang,bagai terlepas dari satu beban masalah yang melanda.

“Maksudnya ada lagi perkara yang belum selesai?”Andrian bertanya, memerhatikan tingkah In yang duduk pula di dada pantai.

“Em,kan In pernah kata In nak pindah.Lepas balik nanti In ingat nak pindah.”dia bersuara menguis pasir yang lekat ditelapak tangannya.

“Nak pindah?”terkejut suaranya.Sangkanya malam itu In hanya bercakap kerana didesak oleh emosi yang tidak stabil.

“Sebelum abang Zaidi meninggal,dia pernah siapkan sebuah rumah untuk In.Comel tau rumah tu.Walaupun tak besar tapi besar ertinya pada In.Sebelum ni In tak pernah kesana. Hanya dengar cerita abang Zaidi dan pak long aje.In takut bila ingatkan rumah tu sebelum ni.Tapi sekarang ni In yakin,In boleh bina hidup baru.In nak abang Zaidi tahu yang In mampu teruskan hidup.”dia bersuara seraya mengeluarkan bersama keluahan perlahan.

“Bukan sebab lain?”dia menjerat.Teringat lagi kata kata In yang tidak mahu bertemu Fatihah lagi.Apa kena mengena In dengan Fatihah tu,apa yang nak dicemburukan Fatihah dengan In pula?Dia semakin pelik.

“Ada satu sebab lagi,”In bangun pula.Berjalan kegigi air,meninggalkan Andrian sendirian.

“Sebab apa?”tanpa sedar Andrian telah pun berada disisinya.Mereka berjalan beriringan lagi.

“Fatihah.”sepatah nama itu keluar dari bibirnya.Terkenangkan segala kebencian Fatihah padanya.Memang walaupun gadis itu tidak membencinya terang terangan,namun kata kata sindirannya cukup menyakitkan.

“Kenapa dengan Tihah?Rean tengok okey aje.”dia bersuara,tidak sedar situasi yang melanda gadis itu sebenarnya.

“Rean tak tahu,atau buat buat tidak tahu?”In menyaol sinis,tersenyum kecil.

“Betul,Rean tak tahu.Cuba In terangkan pada Rean apa yang sebenarnya.”dia bertanya. Ada apa yang tidak kena dengan In dan Fatihah?Dia tertanya tanya.

“In tak nak perkara Julia tu berulang lagi.Cukuplah sekali tu In berdepan dengan cemburu seorang perempuan.”tegas kata kata In saat itu.

“Kenapa pula?Tihah cemburukan In pasal apa?”berkerut dahinya berfikir.Tidak dapat mengaitkan diri In dan Fatihah.

“Banyak perkara.Sudahlah,malas In nak cakap lagi hal ni.Apa yang penting,In nak keluar dari rumah tu.Rasanya In tak sesuai hidup dengan anak anak orang kaya.”dia tersenyum, berat untuk memberitahu perkara sebenarnya.Dia takut Andrian menyangka yang bukan bukan.Dan paling dia tidak mahu kedua keluarga itu bermusuh kerana dirinya.

“Tak sesuai?Dengan Rean pun?”dia menyoal.Sedikit terasa hati dengan kata kata In.Jadi selama ni In membencinya?
“Rean jangan kecil hati okey.”In bersuara,memandang Andrian disisinya.Tersedar ketelanjuran kata katanya.

“Rean lain.In dah lama kenal Rean.In rasa senang dengan Rean.Rean dan abang Rizal baik macam arwah abang Zaidi. Tapi dengan Fitri dan Fatihah…In tak boleh.In tak selesa berada dikelompok mereka.In bukan macan Rean mahupun abang Rizal.In sederhana aje. In tak suka bila orang paksa In buat sesuatu yang In tak suka.

Macam Fitri,dia suka paksa In dengar perintah dia. It is fine with me kalau perintah pasal kerja,tapi kalau dekat rumah pun dia nak In dengar cakap dia,In minta maaf.In memang tak boleh terima.”dia menyambung.Menarik nafas seketika sebelum kembali bersuara.

“Pasal Fatihah pula,In tak tahu nak komen.Rean lebih tahu pasal dia kan.Rean dah lama kenal dia.Tapi apa yang In pasti dia tak sukakan In sejak pertama kali In datang kerumah tu dua tahun dulu.”dia mengeluh.Memeluk tubuh seketika sebelum pertanyaan Andrian menyedarkan dirinya.

“Tadi In kata Tihah cemburukan In dengan banyak perkara,salah satunya apa?”dia bertanya,ingin mengetahui maksud tersirat yang cuba disembunyikan In.

“Kenapa nak tahu sangat ni?”In tertawa kecil,mata dicerunkan.Memerhatikan Andrian yang kini berhadapan dengan dirinya.

“Just nak tahu,manalah tahu kot kot pasal pak we ke?”dia mengusik.Namun dadanya bergetar hebat saat itu.Takut kalau ada insan lain yang cuba berebut untuk memenangi hati In.

“Pak we!”tekan In.Ketawanya meledak.“Reanlah pak we tu.”dia bersuara dalam tawanya.

“Tihah cemburukan Rean dengan In?”dia bersuara bersama senyuman yang meleret pada wajahnya yang kelihatan tenang itu.Dia memerhatikan In yang melangkah meninggalkan -nya.Pantas dia mengekori langkah gadis itu balik semua ke hotel tempat mereka menginap.

“Dia gadis yang baik.In tak mahu dia terluka.Bukan apa,kata orang cemburu ni lebih banyak mendatangkan keburukkan dari kebaikkan.”dia bersuara merenung bulan dan bintang yang bertebaran didada langit.“Agak agak dia tahu tak In bercuti dengan Rean dekat sini?”dia menyambung,gusar juga kalau menyusahkan Andrian.

“Kenapa pula dia nak kena tahu?”Andrian pelik mendengar pertanyaan In.

“Bukan apa,In tak nak nanti kerana In,Rean dan dia bergaduh.”dia berterus terang. Memang dah lama dia nak tanya Andrian tapi selalu aje terhalang,kalau tak pun dia terlupa nak tanya.

“Hei,wait a minute.”Andrian menarik lengan In,menyebabkan langkah In terhenti.

“La….”dia tergelak,menepuk dahi berkali kali.Memerhatikan In yang kebingungan melihat perubahan sikapnya itu.

“Kenapa gelak sangat ni?Tak kelakar pun apa yang In cakap.”In melihat Andrian ketawa. Pelik,kenapa dia ni?Sakitkah?Risau dia memerhatikan gelagat Andrian itu.

“Rean tak ada apa apa pun dengan Tihah tu.”dia berkata,merenung kedasar mata bening itu.

“Iya ke?Rean jangan tipu In.Hari tu dia kata Rean ni bakal suami dia.Dia marahkan In pasal hari tu.Ingat tak yang Rean datang rumah In pagi pagi tu?”Dia bertanya,membawa kembali kenangan dua minggu lepas.

Masih teringat lagi kata kata kasar Fatihah pada dirinya sebaik saja Andrian meminta diri untuk pulang.Terkejut dia diserang begitu rupa. Tanpa sedar dia membuka rahsia,dia tidak mahu Andrian mengetahui perbalahan antara dirinya dan Fatihah.

“Tihah marah In?Sebab tu In nak pindah?Sebab In tak nak rosakkan hubungan kami?” Andrian bertanya bertalu talu.“Kenapa In tak beritahu Rean awal awal.In masih suka simpan masalah In,kenapa tak beritahu awal awal Tihah marah In?”dia mengulangi kembali pertanyaannya bila melihat In mendiamkan diri.

“Sudahlah,In tak nak cakap pasal ni lagi.Lagipun tak ada apa apa.Cemburu ni perkara biasalah.Cuma In harap Rean jangan sampai musnahkan hubungan dengan dia semata mata simpati Rean pada In.In tak nak Rean hadapi masalah hanya kerana kesian dengan In.”

In lari dari pertanyaan Andrian.Selebihnya dia keliru.Keliru dengan sikap Andrian yang berubah tiba tiba.Dia seolah olah melihat diri Zaidi bila mendengar pertanyaan terakhir Andrian itu.Cuma yang berubah nama Julia diganti dengan nama Fatihah.

Dengan pantas dia melangkah.Ingin segera sampai kebilik hotel.Tidak mahu berdepan dengan pertanyaan yang merimaskan dirinya.Tidak mahu terus dibelenggu kenangan semalam.Tidak mahu sejarah silam berulang kembali.

This page is powered by Blogger. Isn't yours?